Pastikan apabila menulis, jangan petik sembarangan tulisan orang lain. Lebih selamat menulis idea sendiri daripada menciplak hasil orang. Sebagai panduan, anda boleh menulis pengalaman anda sendiri iaitu apa yang anda lihat dan dengar. Anda juga boleh menulis pendapat dan idea anda mengenai sesuatu perkara. Jika anda suka, anda boleh menulis ulasan ke atas buku, majalah atau rencana yang anda baca. Bagi menulis ulasan atau komen, anda boleh memberi penilaian (bagus atau tak bagus), sama ada anda setuju atau tak setuju, atau anda mempunyai cadangan lain... Jika anda merujuk tulisan orang, nyatakan sumber asal (nama penulis) dan link rencana berkenaan. Letakkan quote (") apabila memetik tulisan orang lain. Selain itu, hati-hati dengan isi kandungan suatu berita/artikel/rencana. Bertanyalah dengan orang yang dipercayai seperti guru-guru dan ahli dalam bidang-bidang berkenaan...
















